Anak Dara Dah Pandai Mengikut (^_^)

6:46:00 am Yana Yani 46 Comments

Anak dara YY, Aisy yang YY panggil Aisyah sekarang ni dah cukup pandai meniru apa sahaja perbuatan YY dan ahli keluarga lain.

Kalau sebelum ni dia hanya berdiri di depan cermin memerhati YY bersiap ke tempat kerja atau ke mana sahaja, sekarang dia dah pandai minta dicalitkan lip balm dan juga perfume.

Apa yang YY pakai, itulah yang dia nak pakai juga.

Hati dia berbunga riang kalau dapat memakai apa sahaja barang yang serupa dengan YY. Macam baru-baru ni YY mula dok pakai bracelet.

Sebenarnya bracelet tu adalah barangan untuk perniagaan online Encik suami tapi disebabkan kurang mendapat sambutan, maka YY yang rembat!

Of course selepas mendapat keizinan Encik suami time rembat tu (^_^)

Benda tu ada banyak juga! YY pernah bercadang nak buat giveaway dan menghadiahkan gelang tu tapi takut orang kata dah buruk baru nak bagi, Tu yang YY aje pakai (^_^)

Berbalik kepada cerita Aisyah tadi, bila dia nampak YY pakai, dia pun nak pakai juga. "Adik nak yang - Adik nak gelang" kata dia bila nampak YY pakai.

So YY bagi juga dia pakai walau dalam hati takut dia tarik masuk mulut. Sebelum pakai dah bagi peringatan dekat dia yang benda tu bahaya. Dia hanya jawab, "Oteh - Okay"


Bila dah pakai, mulalah rasa bangga! Kalau boleh nak tunjuk dekat semua orang yang dia pakai benda yang sama dengan YY. "Mama, ama tan? - Mama, sama kan?"

Kalau sembahyang pula, dia lebih suka ikut Papa atau Abang dia. Maksudnya dia tak nak pakai tudung, dia pakai ketayap ataupun songkok.

Puaslah pujuk, dia tetap kata dia pakai ketayap. Kadang pakai sekejab aje tudung. Time orang lain tengah sembahyang dia boleh buka tudung.

"Anas ya! - Panaslah" kata dia sambil terus mencampak tudung. Lepas tu dia ambil balik suruh simpan. Padahal kita tengah solah berjemaah time tu. Jadi tak khusyuk nak solat sebab dia (^_^)

Macam tu juga bila kita rendahkan sikit sejadah dia, dia tetap nak sama level dengan Papa dan Abang dia. "Ayahlah! - Salahlah!" kata dia sambil membetulkan sejadah.

Gambar dekat bawah bukan time dia pakai ketayap. Kalau ada pun tak sempat snap (^_^)


Sekarang ni pula dia dah pandai nak keluar rumah pakai tudung. Kadang baju yang YY sarungkan tu tak menutup aurat, tapi dia tetap nak pakai tudung.

Pernah sekali tu dia pakai skirt atas lutut, tapi dia pakai tudung. Papa dia kata, "Ko pakai apa ni dik? Kok seksi betul!"

Dia jawab, "Atai dung ya! - Pakai tudunglah!"


Walaupun dia bukan pakai tudung tu sepanjang hari, tapi bila dia dah mula menunjukkan tanda-tanda untuk memakai tudung tiap kali keluar rumah, tak akan nak larang kan?

Cuma kami suami isteri kena cari baju yang lebih sesuai untuk anak dara ni. Dulu beli baju, main beli aje sebab asyik dok semat dalam hati budak kecik pakai apa pun cantik!

Sekarang dah tak boleh buat gitu. Anak dara dah pandai mengikut!

Manalah tahu dia bakal jadi hafizah kan? Sejuk perut Mama yang mengandungkan selama sembilan bulan dan hati Papa yang menyuapkan makanan (^_^)

Kena juga selalu beringat bahawa apa aje yang kami lakukan, ada insan kecil yang memerhati (^_^)

P/S - Malam esok final Piala Malaysia! Siapa bakal JUARA antara PDM dan JDT? YY semestinya menyokong pasukan negeri kelahiran, PAHANG! O ale-ale, ale-ale Tok Gajah ku! (^_^)
 

46 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kuih Ketayap Versi Putih! (^_^)

7:08:00 am Yana Yani 48 Comments

Sejak anak-anak dah mula membesar ni, YY agak rajin juga buat experiment dekat dapur. Macam-macam juga resipi yang YY cuba semata-mata untuk anak-anak.

Encik suami pula seorang yang tak suka keluar dari skop kebiasaan dia. Maksudnya kalau dia biasa dah makan lempeng, jangan disuruh makan pan cake. Tak akan disentuh!

Disebabkan tu YY biasa masak apa yang YY rasakan Encik suami juga akan makan. Rugi kalau masak dia tak makan. Silap hari bulan kena masak benda lain pula.

So hari minggu baru ni YY decided nak masak kuih ketayap. Sehari sebelum buat kuih ketayap tu YY dah bagitau yang YY nak kuih tu. Kira macam minta izin, takut dia tak makan pula kang!

"Kuih ketayap tu kuih apa?" tanya dia.

"Lah, kan Ayang dah pernah buat sebelum ni. Kuih yang warna hijau, dalamnya ada inti kelapa tu. Sayangkan suka kuih tu" jelas YY pada dia.

Keesokkan harinya, YY agak excited nak buat breakfast walau hakikatnya YY dan anak-anak kurang sihat sebenarnya hari tu. Tapi disebabkan dah planned, YY teruskan aje.

YY keluarkan buku khazanah YY. Maklumlah kalau jarang buat, memang lupa resipi! Dalam tu memang terkandung segala resipi yang YY pernah salin.

Tinggal rajin dengan tak rajin aje nak buat (^_^)


Lepas dah siapkan inti, YY terdengar suara Aisyah yang dah bangun minta susu. Dia tak berapa sihat dan diserang gegata dikeseluruhan badan pada hari sebelumnya.

Bangun pagi tu, muka dia agak bengkak kesan dari gegata. Tapi hari sebelum tu lagi teruk! Gambar bawah ni, YY suruh dia buat muka comel. Kira comellah tu gamaknya (^_^)


Lepas dah mandikan Aisyah, YY teruskan kerja menyediakan breakfast untuk pagi tu. Time dok sediakan adunan untuk kulit kuih ketayap, YY baru perasan pewarna hijau tak ada!

Mesti tertinggal dekat rumah Mak masa buat kek aritu.


Mula tu bercadang nak letak sirap. Tapi membayangkan keburukkan rupa kuih ketayap berwarna merah, YY teruskan aje dengan warna putih.

Tapi sebenarnya idaklah putih sangat sebab adunan untuk kulit ni ada daun pandan yang YY dah blended dengan kelapa untuk dapatkan santan dan sari pandan.


Siap tu YY gulung aje dengan inti yang YY dah sediakan sejak dari awalnya. Tapi tengok rupa putih gitu, memang nampak dull ajelah kan. Tak nampak menyelerakan.


YY hidangkan juga walau hakikatnya agak risau dengan Encik suami yang agak particular dengan kecacatan kuih yang YY buat. Kalau orang lain buat, dia telan aje!


Aisyah dengan Afif pun makan berselera aje. Lagipun diorang memang suka dengan kuih ni. Tu yang buat YY sentiasa bersemangat nak masak sebab diorang suka!

Gambar Afif tak ada kat sini sebab macam tak sesuai aje nak letak gambar dia tak berbaju (^_^)


Tiba time Encik suami untuk rasa, YY rasa seram sejuk. Dia ni dah kira macam juri tetap dekat dalam rancangan masakan dan YY adalah participant. Dengar pendapat juri tu yang seram!

YY ni jenis manusia kalau orang lain kutuk YY masak, YY boleh terima lagi. Tapi kalau Encik suami yang kutuk, memang makan dalam! Bengkaknya sikit punya lama nak surut tau! Hehe!

"Sedap tak? Pewarna hijau tak ada, tu yang rupa dia buruk sikit tu" kata YY sambil menarik kerusi untuk duduk di sebelah dia.

"Okaylah ni" jawab dia ringkas. Tengok dia dok makan bertambah tu sudah cukup menggambarkan yang kuih tu sedap pada tekak dia, Fuh! Lega!

Nak dengar Encik suami puji, memang tak dapatlah. Tapi kalau dia bagi hint gitu, cukuplah pada YY. Mau setiap hari nak buat kuih ketayap. Hehe!

Lepas dah breakfast tu, YY minta izin nak baring. Berat rasa kepala sebab dok menghidap batuk dan selesema. Badan terasa seram sejuk, macam orang nak demam.

Lepas tu YY tak sedar apa. Hari tu memang sepanjang hari kat rumah aje sebab semua orang tak sihat kecuali Encik suami.

Nikmat sihat ditarik sebagai satu peringatan sekaligus penghapus dosa (^_^)

P/S - Salam takziah buat Acik @ Aku Penghibur sekeluarga di atas pemergian ayahanda tercinta. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

48 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Diam Bukan Maknanya Tak Risau (^_^)

7:01:00 am Yana Yani 60 Comments

Kebelakangan tiap kali pulang dari kerja, YY tak berapa selesa dengan pandangan seseorang yang berlainan jantina especially cara renungan dia.

Tak mungkin semua tu hanya kebetulan. Kalau kebetulan, tak akanlah sekerap tu? Atau mungkin perasaan paranoid seorang perempuan ditambah tanggungjawab digalas sebagai Mama?

Mulanya cubalah tolak ketepi perasaan buruk sangka tu. Seboleh mungkin bersangka baik, pujuk hati bahawa itu hanya perasaan paranoid YY.

Tapi kalau dah setiap hari melalui benda yang sama, YY tak boleh lari dari perasaan tak selesa tu. Insan yang paling dekat untuk meluahkan perasaan tu sudah semestinya suami sendiri.

Cuma bila dah diluahkan pada Encik suami, dia tak berikan sebarang respond seolah benda tu bukan penting pada dia. Dia hanya diam seribu bahasa.

Mustahil dia tak perasan apa yang dilakukan oleh orang yang buat YY rasa tak selesa tu sebab tiap kali benda seperti tu berlaku YY akan terus bercerita walau dengan hanya dengan nada berbisik.

"Yang, tengoklah tu! Ayang takutlah dia buat camtu! Mungkin dia tak ada niat apa-apa. Tapi Ayang takut!" bisik YY pada Encik suami tiap kali YY perasan ada mata yang memerhati.

Tapi bila Encik suami tak pernah bagi respond pada kebimbangan YY, so YY assumed memang hanya YY berperasan tak selesa tu. Lepas tu memang tak pernah cerita pada Encik suami lagi.

Sehinggalah YY dapat SMS dan phone call dari Encik suami malam semalam yang melahirkan kebimbangan apabila meninggalkan YY dan anak-anak disebabkan bekerja di shift malam.

YY cencored beberapa perkataan, bimbang mengundang salah faham (^_^) 

Tak lama lepas dapat SMS, Encik suami telefon pula mengingatkan benda yang sama. "Selama ni Ayang bercerita, awat tak bagi respond? Ingat tak risau" tanya YY.

"Tak bagi respond bukan sebab tak risau. Abang tak tahu nak buat camne aje" jawab dia.

Gitu rupanya. Syahdu pula rasa bila dia kata gitu. Ingatkan dah tujuh tahun usia perkahwinan kami, YY dah kenali keseluruhan diri Encik suami. Salah rupanya wei!

Rupanya tiap tahun atau bertambahnya usia perkahwinan tu, ada aje benda baru yang kita ketahui mengenai pasangan kita. Itu yang sepatutnya mengeratkan lagi hubungan.

Diam dia selama ni rupanya memikirkan bagaimana nak menyelesaikan masalah yang diceritakan oleh si isteri. Si isteri pula fikirkan yang si suami tak peduli (^_^)

"Habis tu camne kita nak solve benda ni?" tanya YY lagi.

"Paling teruk kang ada yang makan buku lima. Buat masa sekarang buat aje apa yang Abang suruh. Jaga anak-anak. Apa-apa telefon!" kata Encik suami panjang lebar sebelum memutuskan talian.

Mendengar tu buat YY rasa lega tapi pada masa yang sama, terbit juga rasa takut. Apa yang mampu dilakukan hanyalah berdoa pada yang DIA MAHA KUASA.

Semoga kami sekeluarga dijauhkan dari niat jahat makhluk bernama manusia. Amin.

60 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

eTribunal oleh TTPM (^_^)

7:05:00 am Yana Yani 61 Comments

Rentetan dari perasaan tak puas hati dengan solusi yang diberikan oleh Nippon Paint (M) Sdn Bhd, YY telah bertanyakan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tindakan lanjut.

Bagi sesiapa yang tak mengetahui cerita yang YY pernah ceritakan di sini dahulu, YY rumuskan sedikit sebab YY yakin ada yang tak begitu rajin klik pautan yang disediakan (^_^)

Encik suami ada membeli cat jenis Nippon Momento MG 162 Glowing Amber dari salah sebuah kedai hardware di pekan Kapar. Kami mengupah painter untuk mengecat rumah baru kami.


Malangnya belum sampai sebulan rumah itu kami duduki, cat yang berharga RM98 untuk 1 liter (itu pun sebab promosi, harga asal RM150++) telah mengelupas.

Sebenarnya kesan kupasan tidaklah begitu ketara, tapi kalau dibelek memang boleh nampak. Apabila menghubungi pihak Nippon Paint (M) Sdn Bhd, mereka mengarahkan kami kopek keseluruhan cat.

Kupasan itu tidak sebesar ibu jari pun, tapi kami diarahkan mengopek keseluruhan dinding tanpa sebarang khidmat nasihat atau ganti rugi ditawarkan.


Solusi itu sama sekali tidak menggembirakan hati kami suami isteri. Tapi kami ambil masa yang agak lama juga untuk buat langkah seterusnya. Sehinggalah Abang Ipar menggesa mengambil tindakan.

So YY decided buat pertanyaan melalui eTribunal di laman web Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk khidmat nasihat dan tindakan selanjutnya yang perlu YY dan suami lakukan.

Untuk makluman, TTPM merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Tribunal ini beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.


Sehari selepas pertanyaan YY lakukan menerusi eTribunal, YY menerima email sebagai maklum balas pertanyaan yang YY buat.

Email itu secara ringkas mengarahkan YY menghubungi cawangan TTPM yang berdekatan mengenai pertanyaan YY berkenaan tindakan selanjutnya.


YY kemudiannya menghubungi nombor telefon yang tercatat dalam email untuk maklumat lanjut. Hasil dari penerangan dari pegawai bertugas, barulah YY tahu bukan senang nak buat tuntutan.

YY dikehendaki membuktikan bahawa pihak Nippon Paint (M) Sdn Bhd telah mengiklankan di mana-mana medium bahawa cat mereka tidak mengelupas atau sebagainya.

Bukti diperlukan sebagai salah satu cara membuktikan kesahihan dakwaan YY mengenai cat tersebut. Bukti sedia ada seperti resit dan gambar cat tidak mencukupi untuk tuntutan.

Sekiranya bukti seperti yang dikehendaki berjaya diperolehi, YY boleh terus menfailkan Borang 1 dan membayar RM5 sebagai yuran.

Kerja yang agak leceh bagi YY untuk diteruskan. Lagipun YY gagal mencari bukti yang dikehendaki. Maka dengan itu cerita ini habis hanya setakat ni sahaja!

YY dan Encik suami sebulat suara tidak mahu meneruskan tuntutan. Yang pasti ini adalah pertama dan terakhir kami menggunakan cat mahal seperti ini dengan kualiti serendah cat murah.

Mungkin YY dan Encik suami agak malang berbanding dengan customers lain yang amat berpuas hati dengan jenama ni. Cuma kami agak ralat dengan solusi yang mereka berikan.

Apapun jadikan kes ini sebagai iktibar untuk semua pengguna. Ada badan bebas yang boleh membantu tapi pastikan bukti mencukupi sebelum sebarang tindakan diambil.

Tanpa bukti sahih, tuntutan masih boleh dibuat. Cuma peluang untuk kita menang tuntutan itu adalah tipis. Moralnya, there is no case without evidence!

Entry ni diterbitkan bagi menjawab soalan Kathy R'bain mengenai status kes ni yang pernah YY ceritakan. Apapun terima kasih Kak Kathy kerana mengambil berat (^_^)


61 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Sejuk Seperti Di Cameron Highlands! (^_^)

6:40:00 am Yana Yani 42 Comments

Rumah di mana kami sekeluarga duduki sejak beberapa bulan yang lalu ni berhampiran dengan kebun kepunyaan orang yang tidak diketahui siapa pemiliknya.

Sebelum ni ianya penuh dengan segala macam pokok seolah hutan yang membuat suasana agak nyaman terutama pada waktu malam dan awal pagi.

Tapi malam kalau menjengah  ke luar memang agak spooky! Suasana tu buat YY teringat aktiviti "Burung Hantu" yang pernah YY lalui ketika di zaman sekolah menengah dahulu (^_^)

Cuma baru-baru ini kawasan itu telah "diterangkan" untuk projek penanaman serai dan juga tebu. Sebab tu hari tu boleh nampak secara "live" monyet atau kera yang bertebaran mencari makanan.

Tapi tu lah pertama kali dan terakhir YY dan Encik suami melihat kelibat haiwan tersebut di kawasan belakang rumah kami ni. Hopefully dah tak adalah lagi.

Anyway kebelakangan ni cuaca agak lembab menambahkan lagi suasana di bahagian belakang rumah seolah seperti di Cameron Highlands! Cuaca sejuk tu terasa sampai ke tulang!

YY kalau lepas solat Subuh cukup suka menikmati suasana di bahagian belakang rumah ni. Selalu pagi-pagi dah buka pintu merenung keindahan ciptaan ALLAH ni. Rasa seronok!


Kabus waktu pagi ni buat YY teringat suasana di kampung kelahiran YY di Kuala Lipis, Pahang. Perasaan damai tu hampir sama dan kesejukkan tu buat teringat Cameron Highlands!

Seronok bila dapat tengok titisan embun. Try juga snap gambar embun. Tapi kamera cap ayam YY gagal capture angle yang YY nak. Asyik blur aje.

Lantaklah! Tayang juga kat sini! Hehe!


Dah rasa puas menikmati suasana tu, YY kelam kabut pula dok siapkan hidangan untuk breakfast. Hari tu buat cekodok aje, cicah dengan lebihan kari ikan malamnya. Terbaik!

Bila sejuk makan benda camtu, memang laju ajelah makan kan. Biasa YY buat cekodok ikan bilis aje, aritu YY tukar. YY letak pula udang geragau.

First time tukar menu, tapi sedap juga.


Minum pula dengan air kegemaran kami sekeluarga, bertambahlah terasa nikmatnya! Dekat rumah ni memang air teh laku sangat! Tiap pagi memang inilah air yang YY hidangkan.

Ada orang kata tak elok bagi budak kecil minum teh. Tapi Mak YY kata anak orang dulu-dulu, bukan takat air teh, kopi pun diorang minum. Jadi aje ORANG!

Mak kata yang sebenarnya cara didikan tu yang penting. Hehe! Betul juga kan (^_^)


Cuaca sejuk ditambah dengan kekenyangan, buat mata rasa macam nak tidur balik. Tapi tu hanya angan-angan bila Aisyah bangun sambil dok kata, "Cucu yis - Susu please"


Tak lama lepas tu, Afif pula bangun. Dia terus menuju ke pintu belakangan yang terbuka. "Mama, sejuk ni macam dekat rumah Tok Yang kan? Sama aje rasa dia" kata dia.

"Tapi Mama rasa macam sejuk dekat Cameron Highlands je" kata YY pula.

"Cameron Highlands yang dekat tempat tinggi, yang jauh tu ye? Ha'a lah kan. Bila kita boleh pergi lagi?" tanya Afif pula.

"Oops, tu kena tanya Papa!" jawab YY sambil mengerling ke arah Encik suami.

Encik suami hanya membalas dengan senyuman. Senyuman tu macam menggambarkan harapan ke Cameron Highlands adalah tinggi! Hehe! Bila aje yang kurang pasti.

Anyway, Afif hari ni dah mula menghadapi peperiksaan untuk penggal akhir bagi enam tahun. Diharapkan Afif mampu menduduki peperiksaan sebaik mungkin. Doa Mama sentiasa untuk kamu.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

42 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kabinet Dapur dari Bumi Paradise Furniture (^_^)

6:58:00 am Yana Yani 40 Comments

Kabinet Dapur dari Bumi Paradise Furniture | Masa YY uploaded gambar kabinet dapur YY di blog ni tak lama dulu, ramai yang bertanya tentang kabinet dapur tu. So hari ni YY nak ceritakan serba sikit tentang siapa pembuat kabinet tu.

Sebelum membuat kabinet dapur tu, kami suami isteri dah buat beberapa survey untuk buat pembandingan harga. Kami juga menggunakan Mudah.com untuk mencari. Di situ kami menjumpai syarikat milik penuh bumiputera yang dikenali sebagai Bumi Paradise Furniture. Berdasarkan pembandingan harga, kami dapati mereka menawarkan harga lebih murah.

Kebiasaan yang kami jumpa untuk kabinet dapur menggunakan material melamine, harga untuk satu kaki adalah antara RM90 ke RM100. Tapi mereka menawarkan RM75! Murah! Tapi kami agak tawar hati apabila mengetahui bahawa syarikat mereka berada di Sijangkang. Agak jauh dari rumah kami yang terletak di Rantau Panjang, Klang.

Tapi belum cuba, belum tahu. Hasil dari perbincangan di telefon, mereka sanggup datang ke Rantau Panjang untuk melihat dan sekaligus mengukur sebelum sebut harga boleh diberikan. Bila mereka datang dengan segala macam peralatan untuk mengukur, kami agak cuak juga sebab bimbang sekiranya mereka assume kami akan menggunakan perkhidmatan mereka.

Maklumlah kami hanya nak buat perbandingan harga.

"Dik, ko ukur beria ni Abang nak survey dulu je tau" kata Encik suami.

"Saya tahu Bang. Tapi saya kena ukur juga sebelum boleh bagi harga" kata dia sambil meneruskan kerja mengukur.

Tak lama selepas ukuran diambil dan berbincang tentang rekabentuk, mereka came out with a design! Jujurnya mereka agak efficient berbanding peniaga bumiputera lain.


Kabinet Dapur dari Bumi Paradise Furniture
Kabinet Dapur dari Bumi Paradise Furniture

Bila dah tolak dan tambah dengan kemungkinan dan hasil yang diperolehi dari design tu, kami decided meneruskan untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Harga yang ditawarkan juga masih dalam lingkungan bajet kami. Hanya untuk kabinet dapur, harga yang dikenakan kepada kami lebih kurang RM3200. Tak ingat exact harga (^_^)

Yang pasti harga itu tidak termasuk table top sebab ianya memang sudah tersedia ada di rumah kami. Harga mungkin berbeza mengikut material dan juga tambahan table top. Dalam tempoh sehari pemasangan, hasilnya adalah apa yang boleh dilihat seperti di bawah. Kami sangatlah berpuas hati dengan hasil yang diterjemahkan di rumah kami!

In fact dapur comel kami telah dijadikan "model" mereka di Mudah.com.

Kabinet Dapur dari Bumi Paradise Furniture

Bumi Paradise Furniture menerima tempahan untuk kabinet dapur mengikut citarasa pelanggan dengan menggunakan material melamine dan lain-lain mengikut kiraan kaki selari. Untuk maklumat harga dan juga specification, sila hubungi mereka di details yang disertakan di bawah. Kalau nak tengok contoh design, boleh klik di sini.

Telefon: En Syamim +6010 366 3842
Email: bumi.paradise.furniture2@gmail.com

YY tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat perbezaan harga, material, specication atau lain-lain masalah berbangkit. Entry ini diterbitkan hanya berdasarkan pengalaman sendiri. Untuk makluman, syarikat Bumi Paradise Furniture ni juga pernah memasuki dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3


Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk entry hari minggu ni. Ini pun sebenarnya auto-published. Hehe! Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

40 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bulan-Bulan Dalam Kalendar Hijrah (^_^)

7:04:00 am Yana Yani 35 Comments

Ramai di antara kita termasuk YY sendiri yang tidak mempraktikkan penggunaan kalendar Islam dalam kehidupan seharian. Kita lebih terbiasa menggunakan kalendar Masehi

Maka tidak hairanlah kalau ramai di antara kita tidak mengetahui tarikh kelahiran sendiri di dalam kalendar Hijrah. Ini kerana kita lebih terdedah dengan kalendar Masehi

Hari ni YY nak berkongsi sedikit perkongsian mengenai bulan-bulan yang terdapat dalam kalendar Islam atau Hijrah untuk rujukan bersama.

Untuk pengetahuan, tarikh permulaan kalendar Hijrah bermula ketika peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Manakala nama bagi tiap-tiap bulan Arab diambil atau digunakan sebagai bulan Islam setelah Saidina Umar Al-Khattab r.a memberikan pengiktirafan sekaligus merasmikan bulan-bulan tersebut.

Berikut adalah nama-nama dua belas bulan dalam kalendar Hijrah

1. Muharram
Maksud Muharram itu sendiri adalah haram. ALLAH melarang berlakunya sebarang pertumpahan darah atau peperangan pada bulan ini.

Setelah pembukaan Makkah, larangan itu dimansuhkan dan umat Islam boleh melakukan tugasan atau ibadah seharian tanpa terikat kepada larangan berkenaan - Sumber

2. Safar
Perkataan Safar berasal dari perkataan "Shifr" iaitu merujuk kepada kosong.

Penduduk Arab pada ketika itu akan keluar meninggalkan rumah menjadi kosong sama ada untuk berperang atau mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas.

3. Rabiuawal
Ertinya musim bunga. Pada waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan tumbuh cantik menghijau. Rabiuawal adalah permulaan musim bunga.

4. Rabiuakhir
Mempunyai maksud yang sama dengan Rabiuawal, iaitu musim bunga. Pada bulan ini berakhirlah musim bunga

5. Jumadiawal
Perkataan Jumada itu sendiri merujuk kepada kemarau. Pada bulan ini bermulalah musim kemarau atau panas.

6. Jumadiakhir
Mempunyai maksud yang sama dengan Jumadiawal, iaitu musim kemarau. Musim kemarau atau panas akan berakhir pada bulan ini.

7. Rejab
Rejab bermaksud mengagungkan atau membesarkan. Bulan ini juga diharamkan berlakunya peperangan. Ianya dihormati dan pintu Ka'abah dibuka pada bulan ini.

Sejarah mencatatkan bahawa orang Arab akan menyembelih anak unta pertama dari induknya sebagai menghormati bulan Rejab.

Bulan ini juga dikenali sebagai Rajab Al-A'sham dan Rajab al Fard yang bermaksud sunyi atau keseorangan. Ini kerana tiga bulan suci lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab yang terasing di tengah-tengah.

8. Syaaban
Syaaban berasal dari perkataan "sya'bun" yang bermaksud kelompok dan "syu'ba" yang bermaksud berpecah atau berselerak.

Masyarakat Arab pada ketika itu akan keluar secara berpecah atau berselerak mengikut kelompok untuk mencari air atau bekalan makanan setelah terkurung di dalam rumah ketika bulan Rejab.

9. Ramadhan
Ramadhan berasal dari perkataan "ramda" yang bermaksud batu panas. Ia juga membawa maksud terik atau terbakar bagi menceritakan keadaan cuaca pada ketika itu yang panas terik.

Menurut sejarah, kebiasaannya pada bulan ini matahari sangat terik dan cuaca teramat panas di Semenanjung Arab pada ketika itu.

Setelah kemunculaan Rasullullah SAW dan setelah Islam mulai bertapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

10. Syawal
Perkataan Syawal berasal dari dalam bahasa Arab, "syalat" yang bermaksud mengangkat dan dari kata kerja "Tasyawwala" bermaksud sedikit atau berkurangan.

Syawal dinamakan sedemikan kerana unta kekurangan susu pada musim ini kerana kebanyakkan unta betina sedang bunting.

Setelah kedatangan Islam, bulan ini diangkat sebagai bulan peningkatan kebajikan setelah melewati fasa latihan pengendalian diri selama sebulan di bulan Ramadhan.

Ia juga dirai sebagai tanda kemenangan kerana berjaya mengatasi kehendak hawa nafsu sepanjang tempoh sebulan di bulan Ramadhan melalui sambutan hari raya Aidilfitri.

11. Zulkaedah
Zulkaedah berasal dari perkataan "Qa'ada" atau "al-qa'du" yang bermaksud duduk. Ia merujuk kepada penduduk Arab pada zaman itu yang hanya duduk di rumah kerana tidak boleh berperang.

Zulkaedah adalah bulan suci ketiga selain Muharram dan Rejab yang diharamkan berperang. Kebanyakkan orang Arab pada ketika itu mula bersedia untuk menunaikan Haji.

12. Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam kalendar Islam. Ia disebut "Az Zu al-Hijjah" yang bermaksud "yang empunya haji".

Pada zaman sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab ketika itu sibuk mengerjakan Haji. Setelah kedatangan Islam, ibadah Haji masih tetap diteruskan pada bulan ini.

Ia dilakukan pada tarikh 8, 9 dan 10 Zulhijjah. Mereka yang tidak mengerjakan haji pula akan menyambut hari raya Aidiladha.

Sumber: iluvislam.com dan shafiqolbu.wordpress.com

------------------------------------------------

Dikesempatan ini YY nak ucapkan salam awal Muharram buat semua umat Islam yang membaca blog ini. Semoga tahun ini kita mampu berhijrah ke arah yang lebih baik (^_^)

35 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Antara Istilah Pork Free dan Halal (^_^)

7:48:00 am Yana Yani 52 Comments

Antara Istilah Pork Free dan Halal | YY sebenarnya dah agak lama nak ceritakan bab ni dalam blog YY. Tapi YY bimbang disalah tafsirkan lebih-lebih lagi ilmu agama tidak setinggi orang lain. Cuma atas dasarkan peringatan sesama sendiri, maka YY rasa ianya harus juga diceritakan.

Ramai di antara kita yang beragama Islam masih keliru antara istilah pork free dan halal. Kalau kita yang beragama Islam pun keliru, apatah lagi yang bukan Islam. Malahan YY sering kali menghadapi dilema apabila disuruh atau diajak menghadiri sesuatu tempat yang mengunakan istilah pork free oleh kawan yang bukan beragama Islam.

"Aiya, don't worry! It's pork free! You can eat!" kata mereka apabila mengajak YY ke sesuatu tempat. Ada ketika mereka membawa bekal dan bersungguh menyuruh YY rasa benda yang diorang masak. "This is not pork, it is just chicken!" sambil terus menyuakan benda tu pada YY

Bimbang mereka rasa offended dan sekaligus menuduh YY biadap, YY ambil aje. Tapi YY tak makan. Part susah bila diminta memberi pendapat tentang masakan tu sebab terpaksa menipu. YY just cakap berdasarkan apa yang orang lain cakap, kalau orang lain kata sedap, sedaplah. Begitu juga sebaliknya. Tak ada pilihan.

Tapi ada sekali tu YY terpaksa memberi penjelasan panjang lebar apabila mereka terlalu kerap menyuruh YY rasa apa yang diorang masak. Tak sanggup berterusan menipu. Selepas tu barulah mereka faham. Ada satu hari bos ajak keluar lunch. Seorang colleague mengajak ke restoran berstatus pork free, tapi bos cakap, "Pork free doesn't means HALAL"

Sepanjang YY bekerja, hanya ada seorang rakan yang bukan beragama Islam cukup faham istilah halal. YY cukup hormati dan kagum dengan sikap dia tu.

"I am sorry Yana, you can't eat this. I cooked this using frying pan that also cooked pork" kata dia apabila dia memberikan yang bukan Islam mencuba pancake tapi tidak diberikan pada YY.

Samaada kita sedar atau tidak, ramai peniaga yang bukan beragama Islam gemar meletakkan tanda pork free pada kedai mereka bagi menggalakkan kunjungan pelanggan yang beragama Islam. Bagi mereka, perkataan halal itu hanya mengkhususkan BABI! Maksudnya selagi mereka tak masak atau menggunakan bahan berunsur babi, makanan tu mereka assumed HALAL.

Cuba perhatikan gambar di bawah yang YY snap tak lama dulu. Ia tertulis dengan jelas bahawa makanan di food court tu non-halal tapi diletakkan gambar pork di sebelah. Ini cukup jelas menggambarkan mengenai level pemahaman mereka mengenai HALAL.

Antara Istilah Pork Free dan Halal

Yang bawah ni pula adalah screen shot di Facebook seorang kenalan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Beliau menyiarkan gambar makanan dari kedai pork free yang dikunjungi. Perbualan beliau dengan beberapa kenalan lain menggambarkan masalah pemahaman antara halal dan pork free bukan hanya pada bukan Islam.

Antara Istilah Pork Free dan Halal

YY pernah bertemu client yang bercadang mengadakan collaboration dengan salah sebuah kedai kek. Disebabkan target mereka melibatkan pengguna Islam maka YY bertanyakan status HALAL.

"They do not have Halal certificate, but it is pork free. Who's going to look into whether it is halal or not when it comes to cake?" kata client tersebut yang beragama Islam tapi bukan Melayu.

So nampak tak kekeliruan antara pork free dan halal ni?

YY tak pandai untuk explain secara details, tapi YY harap video di bawah mampu memberi pencerahan. Sila fokus hanya pada message yang cuba disampaikan. Jangan pandang pada suasana persekitaran video yang mungkin buat korang rasa kurang senang. Diulang, hanya fokus pada message yang cuba disampaikan.


Adakah dengan menonton video di atas, korang dapat memahami message yang cuba disampaikan? Jika tidak, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dah harus diperbetulkan. Mencari makanan yang HALAL adalah WAJIB bagi kita yang beragama. Makanan itulah yang menjadi darah daging kita. Ianya melibatkan amal ibadah kita.

Kita beruntung kerana berada di Malaysia. Makanan yang halal tidak sukar dicari di negara bertuah. Kita hanya perlukan penelitian. Kalau kita boleh perhatikan tarikh luput, kenapa tak HALAL?

Last but not least, sentiasalah ingat bahawa ada banyak perbezaaan antara pork free dan HALAL.

UPDATE: Entry ini telah terpilih sebagai salah satu pemenang untuk GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar anjuran Buasir OtakIanya telah disiarkan di sini

52 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Sekali Sekala Jadi Housewife (^_^)

6:57:00 am Yana Yani 40 Comments

Hari Isnin minggu ni YY bercuti sebab tak ada orang nak menjaga Aisyah dan Afif. YY ada cerita sebelum ni yang Mak YY pulang ke Kuala Lipis, Pahang bagi menziarah Atuk YY.

Kalau dah nama orang perempuan kan, istilah cuti sebenarnya tak begitu wujud. Macamana pun tanggungjawab sebagai seorang isteri dan Mama perlu dilaksanakan.

Hari tu status sebagai seorang isteri dan Mama yang bekerjaya bertukar untuk seketika ke surirumah sepenuh masa! Agak penat berbanding kerja di opis tapi seronok! (^_^)

Bangun pagi aje dah kena siapkan sarapan. Lepas tu kemas pula apa yang dah dimakan tu. Sambung pula dengan membasuh dan menyidai baju.

Pendek kata, bila dah duduk dekat rumah sepanjang hari tu, ada aje kerja yang perlu dilakukan. Itu nak kena buat, ini nak kena buat. Semua perlu dibereskan.

Kadang dah siap kemas, tapi anak dara cilik tak puas hati pula.


Si Aisyah ni memang ada aje kerja dia nak buat. Bukan reti nak duduk diam. Tapi kalau dia tak ada, sunyi sepi pula sebab dia penyeri suasana (^_^)

Segala senduk dan sudip dia dok keluarkan sebab dia pun kata nak masak juga. Biasa yang jadi bahan untuk dia masak adalah fridge magnet YY.

Dulu peti sejuk YY penuh dengan segala jenis fridge magnet. YY suka mengumpul fridge magnet. Lagipun siapa yang tak suka kumpul fridge magnet dak? Nampak berseri sikit peti sejuk.

Tapi sejak Aisyah dah pandai memanjat, hilang segala jenis fridge magnet kesayangan. Semua tu dah tinggal kenangan. Yang masih bertahan hak yang jenis sticker tu je. Lain semua habis jahanam!


Afif pun kadang tumpang sekaki main dengan Adik dia. Siap sorang jadi Bapak dan seorang lagi jadi Mak. Bila dah dua-dua buat pakatan, memang habislah rumah!

Hari Isnin tu Afif tak bersekolah sebab tak berapa sihat. Hari Selasa pun dia tak sihat. Tak sekolah untuk dua hari tu. Suhu dia agak tinggi, mujur surut lepas dia makan ubat. 

Walau tak sihat, dia boleh sangat melayan adik dia main.  

Biasanya YY buat tak tahu aje diorang nak buat apa. Diorang dah puas main barulah YY kemas. Cuma time tu mata sakit sikitlah sebab rumah bersepah (^_^)


Sambil dok tengok "kemusnahan" dilakukan, YY kena siapkan makan tengahari. Kena kejarkan Encik suami yang bekerja shift petang. 

Kalau dok leka melayan budak berdua ni, memang lambatlah masak. Mujur jugalah sempat hidangkan untuk santapan kami sekeluarga tengahari tu.

Masak simple aje, tapi still nak tayang dekat sini juga. Hehe! Dari segi rupa ataupun presentation, memang agak buruklah. Tapi Alhamdulillah rezeki kami hari tu (^_^) 


Tak lama lepas makan tengahari tu, Encik suami pergi berkerja. Aisyah pula selepas melakukan onar, dia tidur. Tinggal Afif dan YY yang biasanya tak tidur petang.

Kami berdua memang jarang tidur petang. Kalau YY tidur pada waktu petang, YY akan hadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Sebab tu waktu petang YY tak tidur.

Afif pula bila YY tanya dia kata dia tak penat! Hehe! So dia sibuk melayan Ultraman dan dinosaur dia. Selalu kalau dekat rumah, memang itulah mainan dia.


Tengok dia sibuk main tu, ada chance lah YY nak dok tengok TV tanpa gangguan sambil meratakan kain baju yang dah tinggi menggunung. 

Walaupun melipat baju bukan satu kerja yang disukai, tapi terpaksa! Hilang sikit stress kalau dapat tengok cerita best atau yang berkenan di hati.


Baru nak start tengok, si Afif datang ambil remote. "Mama, Afif nak tengok cerita kartun boleh tak?" tanya dia dengan muka kesian.

"Nantilah Mama nak tengok cerita ni" kata YY pula.

"Tapi cerita yang Mama tengok ni bosan! Afif tak faham" kata dia lagi dengan muncung yang dah start panjang sedepa.

Tengok anak macam tu, mulalah kan. Rasa kesianlah pula. YY pun kata, "Alihlah! Malam nanti Mama punya turn tau! Mama nak tengok Criminal Minds"

"Okay!" kata dia dengan senyum sampai ke telinga.


So begitulah cerita bila YY sekali sekala jadi surirumah. Walau kerja tak pernah nampak kesudahan, YY rasa seronok. Rasa nak aje jadi surirumah sepenuh masa dari menghadap stress di opis.

Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk hari ni. Moga berjumpa lagi dilain entry. Assalamualakum (^_^)

P/S - Semua entry yang korang baca sejak selepas Syawal 1435H sehingga sekarang adalah entry yang auto-published. So usah pelik walau blog berupdate tapi empunya blog "hilang" (^_^)

40 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Baking Di Hujung Minggu (^_^)

7:35:00 am Yana Yani 24 Comments

Hujung minggu baru ni kami banyak menghabiskan di rumah sahaja. Tak ke mana kecuali kami tidur di rumah Mak YY malam minggu tu.

Lagipun Mak dan Abah tak ada. Tinggal Anis sahaja yang keseorangan. Itu pun berapa kali dia dok telefon YY sebab ketakutan tinggal sorang dekat rumah (^_^)

Mak, Abah dan Angah pulang ke Kuala Lipis, Pahang sebab menziarah Atuk YY yang kurang sihat. Anis tak ikut sebab dia ada peperiksaan akhir tahun yang bermula Isnin lalu.

Afif dan Aisyah cukup gembira bila dapat tahu yang kami akan bermalam di rumah Wan dan Aki mereka. Tapi keseronokkan tu lebih disebabkan ada Acu diorang yang boleh diajak main.


Malam tu YY dah bercadang nak baked. Rasa macam dah lama sungguh tak baking. Bahan kebetulan semua ada. Tapi disebabkan anak-anak dah tidur, YY postponed.

Tak seronoklah kalau baking bebudak tak ada kan? Kalau dekat rumah sendiri, YY tak ada lagi peralatan baking. Biasa rumah Mak ni lah kalau YY berhasrat nak baking.

Pagi tu lepas breakfast, YY ajak bebudak baking. Excited memasing sebab bukan selalu dapat tengok Mama diorang baking.


YY baking pun hak yang paling senang aje. Lagipun memang kek ni lah yang selalu Mak YY baked masa YY kecil dulu. Sekarang YY baked untuk anak-anak YY pula.

Kira dah macam resepi turun temurun.

Masa tengah sediakan bahan, YY tak snap gambar. YY fokus bagi semua bahan kembang. Kang sibuk dok snap gambar, terbantut pekembangan kek YY. Hehe!

Tapi YY lega bila dok nampak kek tu cantik aje naik!

Ni yang mula nak muka riak dengan Angah! Biasa dia aje yang dok rajin baking. Dekat rumah ni segala kek yang rupa bombastic memang kerja dia. Tapi dia tak ada pula! Cis!


Afif pula bila dok nampak kek tu cantik aje naik asyik dok tanya bila kek tu masak. "Mama bila kek ni nak masak? Afif dah lapar ni!" kata dia sambil dok usap perut dia.

"Lama lagilah Sayang. Kek bukan boleh masak kejab. Nanti ada bunyi ting, tu tanda dia dah masak" jelas YY panjang lebar pada Afif.

Beberapa ketika selepas Afif bertanya soalan tu, kek pun masak! Masing-masing tak sabar nak tengok kek tu. Time panas tu terus potong!


Bangga pula dapat menghasil kek segebu tu. YY sendiri tak ingat bila kali terakhir kek seperti berjaya YY hasilkan.

"Sedaplah Long. Ko buat camne ni dia jadi macam sponge. Angah pun tak pernah buat camni" kata Syafie. Syafie kebetulan ada juga sebab cuti semester

Bila dah kena puji camtu, mulalah rasa macam melambung. Afif dengan Aisyah pun cukup suka dengan kek tu. Banyak juga diorang makan.

Tiba time Encik suami yang rasa, YY duduk pandang dia makan. Nak dengar juga feedback dari lelaki yang YY sanjungi selain dari Abah YY ni.

"Rasa yang macam dekat kedai tu" jawab dia ringkas.

"Tu pujian ke?" tanya YY lagi yang agak kurang puas hati dengan feedback diberikan. Bila tak ada respond, YY assumed dia memang tengah cakap pasal sedap. Cuma berkias (^_^)

Yang pasti tiada yang lebih seronok apabila hasil air tangan sendiri menjadi kegemaran orang yang tersayang. Rasa macam hari-hari nak baking! Hehe!

------------------------------------------

Cerita ni tak ada kena mengena dengan baking. Tapi mengenai anak-anak YY yang sentiasa dahagakan perhatian. Bukan boleh fokus seorang aje, nanti seorang lagi jealous.

Selesai makan kek, kami pulang ke rumah. Nak bersiap ke rumah parent in law pula. Tengah dok sibuk bersiap tu tiba-tiba Aisyah bersuara, "Mama nak tet tak?"

YY toleh tengok dia datang dengan hidangan di bawah. Dia kata itu kek yang dia buat. Siap kata nama kek tu tet otat (kek coklat). Comel dia buat camtu (^_^)


Afif pula lately bukan boleh Mama snap gambar Adik dia aje, jealous. Dia suruh snap gambar dia juga. Siap buat rupa ala-ala macho.

"Tengok ni, Abang boleh angkat ni! Abang hebat tau!" kata dia pada Aisyah.


"Mama memang tahu Abang tu hebat sampai boleh angkat benda berat. Aisyah pun hebat sebab masak kek tu Mama. Dua-dua hebat" kata YY pada mereka berdua.

Dua berlalu pergi dengan senyuman bangga. YY sambung balik kerja mengemas lepas tu. Moralnya, bukan senang nak puaskan hati dua-dua anak pada satu-satu masa..

Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk arini. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

P/S - Maaflah buat semua rakan blogger sebab belum berkesempatan membalas kunjungan kalian. Agak kesibukan beberapa hari ni (^_^)

24 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bukan Pak Menteri Aje Ikat Perut (^_^)

7:10:00 am Yana Yani 28 Comments

Baru-baru ni kecoh cerita pasal Pak Menteri yang terpaksa ikat perut disebabkan pendapatan bulanan mereka yang agak sedikit berbanding tanggungjawab yang digalas.

Kesian diorang ye. Sampai terpaksa ikat perut untuk rakyat. Kalau dah Pak Menteri pun kena ikat perut, kita yang rakyat biasa pun kenalah ikat perut juga kan. Tak patut biar diorang je.

Cuma kita ni ikat perut bukan macam dioranglah. Maksudnya idaklah sampai tak makan langsung! Cam diorang tu extreme sangat! Tak mampu kita rakyat ni buat lagu tu juga.

Maklumlah kita senang sikit kan? Caranya senang aje. Kita bawa bekal! Ye, tak salah korang baca tu! Bawa bekalan sendiri dari rumah!

Bila sebut bekal ni, tak semestinya benda tu hak yang korang masak sendiri. Boleh hak yang beli juga, contohnya macam nasi lemak yang biasanya murah sikit dari makan tengahari.

Suruh peniaga nasi lemak tu asingkan sambal dengan timun aje. Boleh tahan sampai tengahari. Bosan nasi lemak, boleh tapau mee goreng.

Roti canai pun boleh! Tapi opis korang kena ada microwave lah! Tak sedap makan roti canai sejuk. Lagipun boleh tanggal gigi korang! Paling senang beli roti kosong buat sandwiches.

YY sendirinya dah lama bawa bekal ke tempat kerja ni. Time anak dara pun dah praktikkan benda yang sama. Bezanya idaklah serajin Lieya Latif deco sana-sini bekal dia.

Dulu buat juga, tapi Encik suami perli. Dia kata buat cantik-cantik pun, bila dimakan, keluar jadi buruk juga! Sape nak faham, fahamlah kan. Tapi sejak tu memang tak pernah deco bekal!

YY pun masak pada waktu pagi cuma idaklah pagi sangat sebab nak sediakan breakfast. YY cukup mementingkan breakfast. Lunch tak makan pun tak apa, janji breakfast!

Lagipun ada anak dara yang menolong. Tu yang senang sikit (^_^)


YY pastikan Encik suami dan anak-anak breakfast sebab ianya penting bagi memulakan hari diorang. Lagi satu kalau sape nak diet tapi dia skip breakfast, kurang cerdik namanya.

Anyway kalau YY rajin sikit pagi tu, YY buatlah bihun goreng ke, pisang goreng ke, nasi goreng ke. Maksudnya menu yang simple. Tak payah bangun pagi sangat tapi still sempat masak!


Tapi biasanya memang roti aje YY bawa. Bezanya dilainkan sikit rasa pada roti tu. Hari-hari bawa roti sapu jem aje, bosan juga kan? Cubalah guna kreativiti memasing nak buat camne kan.

Cam YY ada hari sapu jem aje, ada time yang buat sandwich sardine, tapi ni kalau malamnya YY masak sardine. Pagi tu YY adjust sikit sardine tu untuk dibuat sandwich.

Kena berfikir di luar kotak! Tapi kebiasaannya roti telur aje YY bawa. Sebab mudah sangat nak buatnya! Tinggal sifat kerajinan tu aje pada level mana.


Kadang tu malam YY sengaja masak lauk lebih sebab YY nak jadikan ianya bekal untuk keesokkan harinya. Bangun pagi YY just panaskan aje lauk tu, lepas tu tapau! Senang!

Boleh tahan sampai tengahari. Cuma YY tak bawa nasi, YY kadang beli nasi sebab tak suka nasi sejuk. Cuma lately YY makan lauk aje sebab nak sama-sama menyahut cabaran ikat perut.

Tapi seriously makan nasi memang antara faktor penyebab badan cepat naik. Nak elak badan cepat naik, makan nasi sekali aje sehari. Insya ALLAH, kuruslah! (^_^)


Bekal pun bukan untuk YY aje, Afif dan Aisyah pun YY sediakan bekal. Even Encik suami pun cukup rajin bawa bekal. Pendek kata muka kami sekeluarga ni memang tak lari dari bekal.

Afif bawa bekal pergi sekolah, manakala Aisyah pula bawa pergi rumah Wan a.k.a Mak YY. YY dan Encik suami pula bawa ke tempat kerja.

See, tak susahkan nak ikat perut? Senang aje! YY faham susah untuk "orang senang" seperti kita untuk ikat perut. Tapi lama-lama ianya akan jadi kebiasaan.

Tak percaya cuba buat. Tak usah fikir bab malu dan sebagainya. Sendiri yang nak makan, sendirilah cari initiative. Insya ALLAH lepas ni bukan Pak Menteri aje ikat perut, kita pun ikat perut!

Till we meet again, Assalamualaikum! (^_^)

P/S - This entry might be sound sarcastic, but it means differently if we read in a different ways.

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...